SKINCARE.
Cakap pasal skincare, aku nak cerita produk skincare yang pernah aku guna. Sebelum tu, ramai jugak tanya aku, “Ain guna produk apa? Muka makin elok. Dulu muka Ain teruk sangat. Sekarang tengok, dah cantik.” Bukan aku cakap ye. Ramai yang cakap macam tu.
Sebelum aku bagitahu aku pakai produk apa, biar aku ceritakan pengalaman aku. First time aku guna produk skincare masa darjah 6. Aku guna produk Fair & Lovely. Produk Fair & Lovely memang menjadi. Memang putih. Apa yang aku boleh katakan, kau duduk tengah panas sekalipun, muka kau tak akan sunburn. Dulu, aku memang aktif perkhemahan, kawad kaki. Tu memang favourite. Ramai jugaklah yang cakap, even aku setiap hari kawad, tapi muka aku tak sunburn. Sebab time tu aku guna Fair & Lovely.
Naik sekolah menengah, aku tukar. Aku tukar Safi Gamat. Sebab masa tu jerawat dah mula timbul. Tapi tak lah teruk. Setakat 2-4 biji. Tapi produk Safi Gamat tu, takde effect apa². Muka aku still sama. Jerawat tetap ada.
So, aku bertukar kepada produk Alaisyah. Disebabkan packaging dia cantik. Warna pink. Tapi muka aku mengelupas. Aku tak biasa guna skincare yang mengelupas ni. So, aku stop. Aku tukar pulak kepada Nano White. Waktu tu duta dia, Diana Danialle. Aku tertarik dengan iklan dia. Sweet gitu.. Aku pakai 1 set. Tapi tak ada effect. Tak ada perubahan langsung.
Aku stop. Aku guna produk Safi Balqis. Safi Balqis memang menjadi. Putih kulit muka aku. Tak payah pakai cream pun dah putih semula jadi. Memang masa tu kakak² and mak aku puji lah. Muka bagai telur baru dikupas. Then aku sambung belajar.
Sambung belajar, muka aku mula naik jerawat. Mungkin resdung aku. Time tu aku tukar pakai produk Safi Rania Gold. Lama jugak lah aku pakai produk tu. Best. Dia wangi. Tapi takde effect. Muka aku still ada jerawat. Tapi tak teruk lah. Ok lagi.
Then aku tukar produk Royal Expert White. Masa tu tertarik sebab kawan baik kakak aku guna produk tu. Kulit dia memang cantik giler. Aku dengan kakak aku guna produk tu. Ada lah perubahan sikit. Muka aku putih. Kawan² lah yang tegur. Aku tak nampak effect dia.
Lepas tu aku bosan, aku tukar Bio Essence. Sebab time tu produk tu popular. Orang kata produk tu memang terbaik. Aku gunalah. Tapi takde effect. Aku patah balik guna Safi Rania Gold. Time tu resdung aku dah mula teruk. Setiap sem mesti muka aku bengkak². Kena pergi cucuk kat klinik baru ok.
Aku tukar pulak produk Dnars. Masa tu tak popular lagi. Aku tukar pun sebab kawan aku pakai menjadi. Jerawat kat pipi dia dah kurang. So, aku try. Tapi tak jadi apa. Jerawat still ada. Masa aku praktikal, muka aku paling teruk. Mungkin sebab suasana dia yang kotor. Kena pulak kulit aku ni terlalu sensitif.
Aku tukar guna Sabun Kayu Manis (sabun peewit). Aku guna skincare dia. Yang pencuci + krim. Masa tu produk tu baru nak naik. Tak popular lagi. Tapi muka aku makin teruk. Sampaikan kawan bilik aku suruh aku stop pakai. Tapi aku degil. Pakai lagi. Sampailah aku bosan. Aku tukar guna pencuci muka Nivea yang remove makeup tu.
Nivea tu takde effect aku pakai. Jerawat tetap ada. Muka aku tetap teruk. Sampai habis praktikal muka aku teruk. Bila balik kampung, family aku bising lah. Terutama mama. Mama paling bising. Masa tu down giler. Aku hanya duduk rumah. Tak keluar rumah. Konvo makin hampir.
Aku konvo dengan muka yang teruk sangat. Malu sangat nak jumpa kawan². Nak cancel, dah bayar duit konvo. So, nak tak nak tetap jugak konvo. Masa tu, makeup memang tebal giler. Tapi still nampak muka aku teruk. Memang masa tu tak boleh nak cover dah. Malu tu hanya Allah je tahu.
Then, mama bawak aku pergi belajar makeup. Masa tu orang tu kenalkan produk Mary Kay. Produk mahal tu. Mana tak mahal, pencuci muka sahaja dah RM80 lebih. Tu baru pencuci muka. Belum krim bagai. Aku guna, tak ada effect. Muka aku still teruk lagi. Then, abang aku pergi bawak aku ke klinik swasta. Doktor kata aku alergik. So dia bagi ubat makan, ubat sapu and pencuci muka T3.
Aku guna, muka aku alhamdulillah susut sikit. Sikit je lah. Aku nampak susut sikit. Tapi mak aku kata, sama je. Then, aku try guna produk under Clinical ni. Yang orang selalu buat facial tu. Tak jual kat luar. Jual online je. Mahal giler. Dia punya packaging macam yang trial pack punya. Kecik giler. Kecik lagi dari bekas pencuci muka Anugerah. Tu pun beli waktu promosi. RM100. Tak tahan sebulan pun. Sebab kecik giler. Tu pun jimat cermat aku guna. Tapi sayang.. Takde perubahan. 2 kali beli, 2 kali tak nampak effect. Lastly, aku stop. Then, aku tukar Himalaya. Produk Malaysia. Produk yang aku pandang sebelah mata dulu. Aku try guna tu. Sebab dah tak tahu nak pakai produk apa dah. Aku dah makin takut nak cuba produk kat luar ni. Indah khabar dari rupa.
Aku still pakai Himalaya sampai aku habis ambik lesen. Mana kawan² yang ambik lesen, tau lah muka aku teruk. Tapi masa ambik lesen tu, kurang sikit. Masa kolej, praktikal yang paling teruk. Memang malu giler nak hadap orang. Tambah pulak aku as a teacher. Bila habis sekolah, aku kena hantar budak² tadika kepada parents dorang. Memang malu lah kan. π£
Masa ambik lesen dulu, memang ramai lah yang nasihat aku, pakai produk ni. Pakai produk tu. Tapi aku buat don't know. Ye lah, aku dah takut nak pakai produk apa². Memang masa tu, aku tak pakai pencuci muka langsung. Tapi time tu, usya jugak lah produk Glow Glowing. Dah lama tertariknya. Tapi aku usya² macam tu je lah. One day, aku tergerak hati tengok insta duta produk Glow Glowing, Sheera Iskandar.
Oh my God! Cantik giler. Dulu muka dia teruk sangat. Ye lah ingat balik cerita Halimah Jongang. Teruk kan muka dia. Sekarang, cantik bak hang! Licin muka dia. Tak de berlubang lubang dah. So, aku tekad nak beli pencuci muka dia dulu. Try. Kalau ok, aku beli set 4in1 (time tu ada 4in1 je).
Then, aku guna, alhamdulillah. Takde pedih. Tak macam sabun Dnars. So, aku decide guna pencuci muka tu. Seminggu jugaklah. Aku terus beli set 4in1. 3 hari aku guna, muka aku mengelupas. Masa tu aku dah takut. Aku whatsapp Sheera Iskandar (tak tahu lah Sheera atau siapa yg reply). Dia kata, kena pakai pelembap. Sebab dia guna, muka dia tak mengelupas. Aku beli lah pelembap muka, Safi yang oren tu. Sebab Glow Glowing takde pelembap. Dah lama², alhamdulillah jerawat aku mula susut. Memang setiap pagi, lepas bangun tido, wajib aku tengok muka kat cermin. Nak tengok ada perubahan atau tak. Ambik masa lah jugak. Jerawat teruk aku yang dulu, makin lama makin kurang. So, sekarang ni aku still guna produk Glow Glowing. Sekarang dah masuk 4 kotak dah aku guna. Sekotak tu tahan lah sebulan lebih (sebulan 2-3hari). Tapi aku pakai Glow Glowing 5in1 lah. Yang sekali dengan toner. Alhamdulillah. Mana yang pernah tengok muka aku yang teruk dulu, dorang ramai kata, muka aku dah cantik. Nak kata takde jerawat tu, tipulah. Ada lah 1-2 yang tumbuh bila period. Tapi bila period lah. Bila tak period, takde lah jerawat. And paling suka, bila sekarang ni, aku dah tak pantang sangat makan. Terutama telur. Aku dah boleh makan telur. π I'm so happy. Tapi tak selalu lah. Kadang² je aku makan. Udang and belacan je, aku tak sentuh. Kalau masa kolej lagi lah. Orang masak yang perencah belacan/udang pun aku tak boleh hidu. Kalau tak, mulalah gatal hidung, gatal muka. Time tu tahu dah, mesti orang tu tengah masak makanan yang ada udang/belacan.
So, mana nak tahu aku pakai produk apa, aku pakai produk Glow Glowing. Gunalah Glow Glowing.. π I love Glow Glowing. ❤❤ Aku takde gambar nak tunjuk pada korang. Maklumlah, masa mula² guna dulu, tak terfikir nak ambik gambar bagai. Sebab ingatkan produk ni sama macam produk lain² tu.
No comments:
Post a Comment